Tuesday, March 30, 2010

JaNgAn SeSeKaLi..


DIMULAKAN DENGAN BISMILLAH DISUDAHI DENGAN ALHAMDULILLAH

Jangan kau memulakan pekerjaan
Tanpa Bismillah
Kelak mengundang murka ALLAH
Minta dijauhkan dari musibah
Moga pekerjaan membawa
berkah
ATanpa niat melakukan kebaikan
Takut kau mati di perjalanan
Minta dijauhkan dari segala bala
Moga perjalanan beroleh pahala

Jangan kau memandang
Pada perkara yang bukan hak
Kerana itu bukan milikmu
Kelak hati menjadi gelap dengan
bintik-bintik hitam
Minta diampun segala dosa
Moga hati sentiasa terpelihara

Jangan melambatkan taubat
Bila berdosa
Kerana kita tidak tahu bila Izrail
akan datang
Tidak boleh ditangguh walau
sesaat
Kerana ajal sudah dicatat.

PaTaH HaTi SaNg PuTeRi..

Hati ini dulu pernah patah
ditikam, ditoreh kata janji dan sumpah
tercedera aku luka berdarah
lemas dilanda bah
lemah dan lelah
tersadung kakiku, jatuh rebah
mencium tanah
saat dikerah untuk berpisah.

Hati ini dulu pernah sengsara
ditinggal pergi si pendusta cinta
di umban ke tepi si pemuda yang alpa
dibuang sang pencinta yang
memungkiri kata setia
hancur hati saat dikianati kekasih
yang kononnya sahabat sejati.

Bersama jam aku berputar
detik demi detik berteman kecekalan
bangkit aku dari kejatuhan
aku beredar dari lautan kekecewaan
tekad bersulam semangat keazaman
buat menyembuh luka
membasuh duka, menghapus nestapa.

Aku akan jadi seteguh karang di laut
takkan pernah hancur
sekalipun tenggelam ke dasar laut
terdalam.

Aku akan jadi bunga yang mekar
mewangi
sekalipun tanpa kumbang di sisi
saat aku merintih sendiri.

Aku akan jadi segagah mentari
berkilau, terus menyilau
sesudah malam berlalu
sesudah hujan gerimis berarak pergi.

Telah ternoktah di azali
terselit rahsia tersembunyi untuk setiap yang terjadi
hanya Dia Maha Mengetahui
kau bukan yang terbaik untukku
saat kau tutup pintu hatiku
terbuka gapura kasihNya buatku
saat kau melangkah pergi
terbentang limpahan rahmat di hadapanku
saat kau hiris kepingan hati
agar setajam mata belati.

Keimanan pengubat jiwa, masa menentu
segala
kalah bukan aku mengalah, aku utuh berdiri
gagah
pergilah kau mengheret pilu
hilang bersama sendu, lenyap membawa rindu
yang tak pernah ku perlu.

Berhijrahlah dikau wahai diriku
ayuh berangkat dari daerah sepi yang tak
punya erti
bersenjatakan kekuatan rohani.

Yang patah kan tumbuh
yang ikan akan berganti
kebenaran sentiasa mengatasi kebatilan
 itu janji Tuhan yang pasti
tiap hembus nafas menjadi saksi, aku bisa
teguh berdiri
walaupun tanpa dikau yang pernah aku kasihi..


BuAt IsTeRi AtAu YaNg BaKaL BeRgELaR IsTeRi..

JANGAN KAU INGKARI KATA-KATA INI...
                                                                                                                  
Yang elok untuk diteladani                                          PASANGAN BAHAGIA DI SISI ALLAH
Demi ketenangan dan wasilahnya
Demi kemesraan dan senyuman                                     
Kau layak di sisiku
Setelah memeterai janji
Bersulam bersama setanggi
Bersaksikan Allahurabbi

Jangan kau ingkari kata-kata ini
Kerana ruangnya telah terkunci Dalam hati
Kerana kau seorang ISTERI
Perlu menjaga memelihara maruah peribadi

Jangan kau hancurkan semaian kasih ini
Yang keringatnya membasahi bumi
Mencari halal sesuap rezeki
Kerana getir derita meniti hari
Untuk kau ajari permata hati
Walau taufan menyongsong datang

Dengari nasihat ini
Fasihkan bibir dengan tasbih rindu
Hafazkan gurindam dengan kalam suci           
Mengalun memahat kekosongan silam    
Hidangkanku dengan sumur zam-zam
Ubatiku dengan peawar luhur
Dan selimutkanku dengan kandil kasihmu..

KeMbArA SaNg PuTeRi..

SUNGAI TEKALA HULU LANGAT MEMBAWA SERIBU KENANGAN

Adakalanya kesedihan INSAN ini telah mengubah kepada kegembiraan dan keseronokan. Telah tergambar perasaan seronok dan gembira pada wajah insan ini ketika beliau telah mengikuti pengembaraan mencabar bersama teman-teman seperjuangan. pengembaraan ini telah mengajar INSAN ini erti kepenatan dan kesukaran merentasi bukit-bukit tinggi dan mengharungi sungai dalam. Mereka sama-sama berusaha untuk mendaki bukit-bukit tinggi untuk melalui cabaran pertama pengembaraan ini. Berkata salah seorang teman "Aku sangat gembira hari ini dapat melaui cabaran yang paling mencabar dalam hidup aku". Pengembaraan yang membawa hidup aku menjadi lebih maju kehadapan. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua kami mengembara ke SUNGAI TEKALA HULU LANGAT...^^ Rakan -rakan yang mahukan pengembaraan yang mencabar boleh lah pergi ke sana.hehehe..pasti sesiapa yang pergi ke sana berasa puas hati dan ingat sampai bila-bila kenangan di sana. Ayuh ramai-ramai kita ke SUNGAI TELAKA HULU LANGAT.macam-macam ada..hehehe

Monday, March 29, 2010

PeNgaLaMaN PaRtImE jOB..



BERSAMA ANAK-ANAK TASKA

AKU telah melangkah ke alam remaja. Banyak pengalaman yang aKU dapat sepanjang hidup selama 21 tahun. Pertama kali aku merasa alam pekerjaan sukar untuk aku gambarkan kepayahan dan kesusahan untuk mencari wang dan menyelesaikan kerja-kerja diberi. Tetapi dengan hasil usaha yang aku taburkan aku berjaya lakukan semua ini dengan bantuan rakan-rakan kerja. Aku telah mencuba satu pekerjaan yang menarik buat diriKU yang mana pada suatu hari aku telah pergi ke sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di tempatku. Di situ aku telah belajar banyak pengalaman untuk berhadapan dengan pelbagai jenis ragam kanak-kanak yang belum pernah mengenal erti kehidupan sebenar. Pada suatu hari aku telah belajar bagaimana untuk berdikari dan menyesuaikan diri untuk meringankan beban kedua orang tuaKU. Aku telah cuba mencari 'partime job' dan pada masa yang sama aKU boleh menimba banyak pengalaman. Demi mencari banyak pengalaman aKU telah mencuba pelbagai jenis 'partime job' sebelum aKU dapat menyambungkan pelajaranKU ke MENARA GADING. Hari-hari mendatang buatKU adalah pengalaman baru yang aku dapat dan aKU telah belajar banyak pengalaman hidup. Sekarang aku sedang menuntut di IPTA dan Aku akan cuba untuk mencari kerja yang lebih mencabar buat diri KU..  

MeNyInGkAp RaHsIa KeLuArGa BaHaGiA..

SEBUAH KELUARGA BAHAGIA

AKU dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Keluarga ini hidup dalam suasana AMAN dan BAHAGIA. KeBAHAGIAAN sesebuah keluarga terlatak di setiap hati seorang INSAN. Sekiranya seseorang INSAN saling memahami dan bertolak ansur, wujudlah sebuah keluarga yang BAHAGIA. Suatu hari keluarga ini telah mengadakan satu pertemuaan kemesraan antara mereka. Suasana begitu meriah dengan gelak tawa dan kemesraan mereka. Terukir sebuah senyuman pada setiap INSAN ini. AKU orang paling gembira dapat bertemu lagi semua ahli keluargaKU. Kami masih dapat lagi bertemu demi mewujudkan keBAHAGIAAN keluarga ini. Telah menjadi LUMRAH manusia yang inginkan keBAHAGIAAN  pada diri dan keluarga. keBAHAGIAAN ini boleh dibina dengan mewujudkan sifat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Dengan cara ini wujudlah sebuah keluarga BAHAGIA yang diimpikan semua manusia.

Thursday, March 25, 2010

TeRiMa KaSiH GuRuKU...

JASAMU KU KUKENANG

Pertama kali aKU mula menjejakkan kaki ke bangku sekolah pada tahun 1995, aku sangat gembira tetapi hatiKU berdebar-debar untuk berhadapan dengan guru-guru. Mula-mula aKU masuk ke kelas guruKU telah menyambut kedatanganKU dengan baik. aKU sangat gembira dengan layanan yang diberikan oleh guruKU. aKU diajar guruKU sehingga aKU betul2 dapat apa yang aKU pelajari. aKU diajar untuk menjadi orang yang berguna pada masa hadapan.guruKU banyak mengajarKU erti kehidupan.semua guru2KU telah banyak membantuKU di dalam pelajaran. aKU salah seoramg pelajar yang banyak meminta bantuan dari guruKU demi untuk kejayaanKU. sekarang aku sangat bersyukur kerana dengan bantuan guru2KU aku telah menjejakkan kaki ke MENARA GADING.

Tuesday, March 23, 2010

KeHiDuPaN SaNG PuTeRi...

WANITA HIASAN DUNIA SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH


Hari-hari berlalu mengajar erti kehidupan sebenar seorang PUTERI bergelar WANITA. Hari-harinya dihabiskan untuk menempuhi segala rintangan dan dugaan demi meneruskan kehidupan ini. Sang PUTERI begitu tabah menempuhi dugaan keadaan, kawan-kawan dan keluarga. pelbagai teguran dan nasihat yang diterima demi memperbaiki kelemahan hidup ini. kehidupan ini penuh dengan kenangan pahit manis suka dan duka yang ditempuhi selama 21 tahun hidup di dunia. keceriaan terpancar sinar-sinar di wajah INSAN ini. Segala kepahitan hidup tidak pernah terpampang di wajah sang PUTERI ini. wudhu adalah petua keserian wajah sang PUTERI ini. kelipan bintang terpancar di wajah. Kepenatan menghabiskan sisa-sisa hidup adalah kemanisan di Syurga. Keperibadian Akhlak adalah sifat kelembutan dan kesopanan sang PUTERI ini.

Sunday, March 21, 2010

KeRiNgAt IbU BaPa KU...

TERIMA KASIH WAHAI IBU BAPAKU

Hari berganti hari bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Usaha seorang Ibu dan Bapa memerah keringat mereka demi masa depan anak-anak ini. Anak-anak adalah anugerah yang  tidak terhingga yang dijadikan oleh ALLAH untuk mereka menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Ibu dan Bapa. Anak-anak ini mencerminkan kemuliaan akhlak dan peribadi mereka demi menjaga maruah keluarga. Seorang Insan bergelar Anak masih terkapai-kapai membuntukan pertolongan Ibu Bapa. Keringat Ibu Bapa tidak pernah terhenti sesaat pun demi kehidupan anak-anak. Kejayaan anak-anak adalah hadiah yang paling berharga buat mereka. Kini dua Insan bergelar Ibu dan Bapa hanya tersenyum gembira dengan Kejayaan anak-anak ini. Terima Kasih wahai Ibu Bapa Ku. Aku gembira mempunyai Ibu dan Bapa seperti kamu yang mana tidak pernah mengeluh demi kehidupan kami.

Friday, February 26, 2010

SaHaBaTkU..


KAULAH SAHABAT KAULAH TEMAN

Walau di mana Ku berada Kau sentiasa mengingatiKu Kau telah membahagiakanKu walau sesaat. BisikanKu berkata betapa bertuahnya aku memiliki sahabat sepertiMu. Betapa indahnya hidup ini jika Ku di kurniakan jutaan sahabat. Wahai sahabat kau tempatKu mengadu segala-galanya. Kau juga telah membuat hatiKu gembira. Oh sahabatKu. Di mana Ku berada kau sentiasa bersamaKu. Diri ini merindui seorang sahabat yang Ku sayangi. Diri ini memerlukan sahabat untukKu luahkan isi hati ini. Di saat Ku memerlukan sahabat dia sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaKu. Aku amat menyayangi sahabatKu ini. Sahabat Kau la teman Kau la sumber inspirasiKu. Sahabat adalah teman hidupKu.Tanpa sahabat aku hidup dalam kegelapan. Terima kasih sahabatKu...