Tuesday, March 30, 2010

JaNgAn SeSeKaLi..


DIMULAKAN DENGAN BISMILLAH DISUDAHI DENGAN ALHAMDULILLAH

Jangan kau memulakan pekerjaan
Tanpa Bismillah
Kelak mengundang murka ALLAH
Minta dijauhkan dari musibah
Moga pekerjaan membawa
berkah
ATanpa niat melakukan kebaikan
Takut kau mati di perjalanan
Minta dijauhkan dari segala bala
Moga perjalanan beroleh pahala

Jangan kau memandang
Pada perkara yang bukan hak
Kerana itu bukan milikmu
Kelak hati menjadi gelap dengan
bintik-bintik hitam
Minta diampun segala dosa
Moga hati sentiasa terpelihara

Jangan melambatkan taubat
Bila berdosa
Kerana kita tidak tahu bila Izrail
akan datang
Tidak boleh ditangguh walau
sesaat
Kerana ajal sudah dicatat.

0 comments:

Post a Comment