Tuesday, March 30, 2010

BuAt IsTeRi AtAu YaNg BaKaL BeRgELaR IsTeRi..

JANGAN KAU INGKARI KATA-KATA INI...
                                                                                                                  
Yang elok untuk diteladani                                          PASANGAN BAHAGIA DI SISI ALLAH
Demi ketenangan dan wasilahnya
Demi kemesraan dan senyuman                                     
Kau layak di sisiku
Setelah memeterai janji
Bersulam bersama setanggi
Bersaksikan Allahurabbi

Jangan kau ingkari kata-kata ini
Kerana ruangnya telah terkunci Dalam hati
Kerana kau seorang ISTERI
Perlu menjaga memelihara maruah peribadi

Jangan kau hancurkan semaian kasih ini
Yang keringatnya membasahi bumi
Mencari halal sesuap rezeki
Kerana getir derita meniti hari
Untuk kau ajari permata hati
Walau taufan menyongsong datang

Dengari nasihat ini
Fasihkan bibir dengan tasbih rindu
Hafazkan gurindam dengan kalam suci           
Mengalun memahat kekosongan silam    
Hidangkanku dengan sumur zam-zam
Ubatiku dengan peawar luhur
Dan selimutkanku dengan kandil kasihmu..

0 comments:

Post a Comment